Alhamdulillah...setelah lama blog ini sepi..akhirnya dpt jugak kami mencoretkn sesuatu utk tatapan semua.
Pada 16/5/2012 telah berlangsungnya Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012 SMKASAS. Tema Hari Guru pada kali ini ialah 'Kota Baghdad' yang melahirkan ramai ilmuwan. Sambutan Hari Guru bermula dengan Bacaan Surah Yassin di dataran perhimpunan pada jam 7.30 pagi untuk memohon keberkatan Ar-Rahman supaya majlis dapat berjalan dengan lancar.
Bacaan Yassin diketuai oleh Munir Rusydan (Ketua Badri) dan Auzaie (Ketua Umum).
Seusai bacaan Yassin, guru-guru dan pelajar bersiap sedia untuk meneruskan acara seterusnya iaitu sukaneka. Antara tujuan utama aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan hubungan antara guru dan guru serta guru dan pelajar. Antara aktiviti yang dijalankan ialah pertandingan mewarna, bowling padang, isi air dalam botol dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini memeriahkan lagi sambutan Hari Guru pada tahun ini.
bola sepak
bowling padang
gusti lengan
pertandingan mewarna
sepak takraw
isi air dalam botol
Setelah berakhirnya sukaneka, guru-guru dan pelajar-pelajar SMKASAS dijemput masuk ke dalam Dewan Besar As-Syafie untuk menikmati acara yang dinanti-nantikan. Majlis bermula dengan nyanyian lagu Negaraku, Kebesaran Negeri Perak dan lagu yang hanya dinyanyikan ketika Hari Guru iaitu Kami Guru Malaysia. Guru-guru menyanyikan lagu dengan penuh semangat diketuai oleh En. Mohd Noor bin Hamzah.
gelagat di luar dewan
sambutan di pintu masuk dewan
Nyanyian oleh guru-guru SMKASAS
Majlis kemudiannya diteruskan lagi dengan gimik kad hari guru dan penyampaian hadiah pelajar SMKASAS yang diwakili oleh putera-puteri Tingkatan 2.
Tingkatan 1
Tingkatan 2
Tingkatan 3
Tingkatan 4
Tingkatan 5
Selepas itu, majlis diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh Tuan Hj. Bukhari dan perutusan oleh Pn. Noor Hasnah bt Alang, Penolong Kanan Pentadbiran.
Tn. Hj. Bukhari
Pn. Noor Hasnah bt Alang
Seterusnya majlis disambung dengan gimik dan persembahan multimedia oleh Badan Kepimpinan Ketua Pelajar 2011/2012 dan persembahan oleh pelajar-pelajar SMKASAS.
Gimik 'Mumia'
Dikir Barat
Sajak
Nasyid Sofwatunnur
Istimewanya pada tahun ini, Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin b Yasin berbesar hati untuk memberikan perutusan Sambutan Hari Guru 2012 secara 'online' dan langsung dari Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar di mana Sambutan Hari Guru peringkat Kebangsaan dilangsungkan.
Perutusan oleh Menteri Pelajaran Malaysia, Tan Sri Muhyiddin b Yasin
Seusai perutusan, majlis penyampaian hadiah sukaneka dan aktiviti-aktiviti yang dijalankan bersempena Hari Guru 2012 disampaikan kepada pemenang-pemenang. Badan Kepimpinan Ketua Pelajar telah mewujudkan beberapa anugerah untuk guru-guru dan pelajar antaranya Anugerah Guru Paling Menawan serta Anugerah Kad Hari Guru Paling Bermakna dan Anugerah Kad Hari Guru Paling Popular.
Penghargaan dari bekas pelajar Tingkatan 5/2011
Anugerah Kad Paling Kreatif (2K)
Anugerah Kad Paling Bermakna (5S)
Anugerah Kad Paling Popular Pilihan Guru (5K)
Best Clothe of Man
Best Clothe of Woman
Penghargaan dari MPS 2012
Bacaan doa oleh Saudara Ghazi Faris
Kesimpulannya majlis sambutan Hari Guru pada tahun ini sangat menarik dimeriahkan lagi dengan penglibatan bekas-bekas pelajar SMKASAS yang turut sama-sama memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada kali ini secara tidak langsung.
Sesungguhnya majlis pada kali ini membawa makna yang besar untuk pelajar dan guru sendiri. Walaupun majlis ini diadakan ketika Peperiksaan Pertengahan Tahun sedang berjalan, namun hasilnya amat membanggakan dan memuaskan. Dan untuk pengetahuan, majlis ini merupakan majlis terakhir yang dikendalikan oleh Badan Kepimpinan Ketua Pelajar 2011/2012. Sedih rasanya kerana selama ini segala pahit manis diharungi bersama dalam kepimpinan namun setiap yang bermula pasti ada penghujungnya. Kami mendoakan kejayaan untuk ketua pelajar yang bakal mengetuai tampuk kepimpinan bagi sesi 2012/2013. Semoga lebih tabah untuk menjalankan amanah sebagai pemimpin pelajar dan juga hamba Allah.
selepas mengemas dewan...penat..(x smua ada dalam gmbar)
Sebelum berundur marilah sama-sama kita merenung hadis berkaitan dengan guru :
“Ada tiga golongan yang
tidak boleh dipandang ringan hak mereka, sesiapa yang meremehkannya adalah
munafik; Orang tua yang berpengalaman, guru-guru dan pemimpin yang adil.” -
Riwayat At-Thabrani.
sangat bermakna berada di smkasas..
ReplyDeletebiarpun kesemua 'moment' itu dh berlalu 10 tahun lepas.