I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, February 6, 2012

Persediaan Untuk Menyambut Lawatan Kebudayaan oleh SMA Muhammadiyah 1,Jogjakarta,Indonesia

Assalamualaikum semuanya..
Alhamdulillah..setelah lama blog ini tidak diisi..hari ni..ada juga pngisian yg ingin dikongsi..

Dah baca tajuk kat atas tu..??ha..insya-Allah..pada 15/2/2012 - 18/2/2012..
SMKA Sultan Azlan Shah akan didatangi oleh oleh pelajar-pelajar yang khabarnya seramai 45 orang (17 perempuan dan 28 lelaki) dan juga guru-guru mereka seramai 4 orang yang didatangkan  khas dari SMA Muhammadiyah 1, Jogjakarta, Indonesia. Lawatan ini dinamakan Lawatan Kebudayaan Antara SMA Muhammadiyah 1(MUHI) dan SMKA Sultan Azlan Shah (SMKASAS).

Sekilas mengenai program
Program yang bakal dilaksanakan ini adalah kesinambungan daripada MoU yang telah ditandatangani antara kedua-dua pengetua MUHI dan SMKASAS untuk menjadi Sister School. Termeterainya MoU dengan disaksikan oleh wakil JPN Perak, Ketua Sektor Pendidikan Islam Perak, PPD Perak Tengah barisan pendidik SMKASAS dan para pelajar SMKASAS di Dewan Al-Khalil SMKASAS. Lawatan tersebut telah disambut dengan meriah oleh semua pasukan unit beruniform SMKASAS  iaitu PPIM, KRS, PKBM dan Pengakap. Hadirin juga dihidangkan dengan persembahan oleh kumpulan nasyid SMKASAS, Sofwatunnur.



Sekitar Lawatan Delegasi SMA Muhammadiyah 1

Pada hujung bulan Disember yang lalu, pihak SMKASAS juga telah menghantar wakil untuk melihat suasana pembelajaran di SMA MUHI. Lawatan diketuai oleh Pn. Bainah bt. Ab. Dolah, Pn. Hazaliza bt. Mohd Puad, Puan Marsirah bt. Mustapah serta dua orang pelajar iaitu Nur Shahirah bt. Habil (PKU) dan Nor Shafiqah bt Musa.



Persiapan Awal Menyambut Kedatangan MUHI

Jadi kalau nak menyambut tetamu mestilah bagi first class punye layanan..Nabi s.a.w pun menyarankan agar kita memuliakan tetamu..so..mstila buat persiapan yg terbaik..
setakat ni dah banyak program yang disusun bagi menyambut delegasi SMA MUHI..di bawah pengelolaan Kebitaraan Kluster Kesenian Islam..
jadi..diharapkan pihak SMA MUHI yang bakal berkampung selama 4 hari 3 malam di SMKASAS akan berpuas hati dengan layanan yang bakal diberikan kepada mereka..Maklumlah..fasiliti-fasiliti di SMA MUHI jauh lebih canggih berbanding di SMKASAS..terimalah kami seadanya...

Wallahu'alam..



No comments:

Post a Comment