I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, December 28, 2011

Selamat Kembali

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh....
Alhamdulillah...pada hari ini kita masih diberi peluang utk hidup di muka bumi Allah dan menghirup udara segar..
Sedar mahupun tidak..tinggal beberapa hari saja lagi kita akn mlgkh ke tahun baru iaitu 2012..dan ini bermakna..ahli2 MaTer akan mnempuh alam peperiksaan pada tahun hadapan iaitu SPM..dan tinggal lbih kurg 3 hari sja lagi semua ketua pelajar yang berwibawa akn pulang ke SMKASAS untuk menabur bakti mereka kepda sekolh tercinta..dihrpkn ketua pelajar-ketua pelajar pulang dgn keazaman dan smgt baru untuk mnghdpi cbrn yg bkl ditmpuh smasa memimpin pelajar..jdikn segala kesulitan sbgai cbran utk kita mnjadi lbih matang...

Renungan:
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi Shalllahu Alaihi wa Sallam bersabda, “Tanda orang munafiq itu ada tiga, yaitu: apabila berbicara berdusta, apabila berjanji menyalahi, dan apabila dipercaya, berkhianat.” Dalam riwayat lain, “Sekalipun ia melakukan puasa, solat dan mengaku sebagai seorang muslim.”


Wallahu'alam...

Saturday, December 17, 2011

20 Adab Berkomunikasi

 1. Memilih Perkataan Yang Baik Dan Tepat.
 2. Bercakaplah Dengan Tenang, Jangan Tergopoh Gapah Supaya Senang Difahami.
 3. Bercakaplah dengan seseorang mengikut kadar kefahaman dan kemampuan akal fikirannya.
 4. Jangan Bercakap Sesuatu Yang Tidak Pasti Kesahihannya Supaya Tidak Berlaku Bohong.
 5. Kurangkanlah Bercakap Kecuali Perkara Yang Bermanfaat.
 6. Jauhi daripada Bercakap Kosong Atau Maksiat.
 7. Berfikir Sebelum Bercakap.
 8. Berilah Penghormatan Kepada Orang Yang Lebih Mulia Untuk Bercakap Seperti Ulama, Guru, Orang Tua Dan Seumpamanya.
 9. Jangan Mencelah Atau Memotong Percakapan Orang Yang Sedang Bercakap.
 10. Jangan Mempermainkan Atau Memperolok-olok Percakapan Orang Lain
 11. Jangan Menegur Percakapan Orang Lain dengan Tujuan Menghina Atau Mengaibkannya.
12. Rendahkan Suara Ketika Bercakap.
 13. Jangan Ada Unsur-Unsur Mengumpat Atau Memfitnah Orang Lain.
14. Jangan Menggunakan Kata-Kata Keji, Maki Hamun Dalam Percakapan.
 15. Bercakaplah Denga Muka Yang Manis.
 16. Elakkan Bersumpah Dalam Percakapan Kecuali Perlu.
 17. Meminta Maaf Ketika Tersasul Atau Tersalah Cakap.
 18. Elakkan Bergurau Secara Berlebihan.
 19. Jangan Memuji Secara Berlebihan.
 20. Jangan Bercakap Untuk Membangga Diri

Renungan:

It is possible to speak truth in anger.
When so done, people tend to hear the anger and not the truth.
It is possible to speak truth in arrogance.
When so done, people tend to hear the arroganceand not the truth.
It is possible to speak truth in deceitful ways.
When so done, people tend to sense the deceit and take the truth for more deceit.
It is possible to speak truth in loving kindness.
When so done, people tend to hear the love and the truth.





Friday, December 16, 2011

Organisasi MaTer SMKASAS



Auzaie bin Fadzlan Shahidi
Ketua Umum (KU) SMKASAS


Muhammad Nur Fashahah Aziz bin Mohd Rafiee
Timbalan Ketua Umum 1 SMKASAS



Nur Shahirah binti Habil
Timbalan Ketua Umum 2 SMKASAS


Khairul Asyraf bin Zukhairy
Setiausaha


  Anis Fatiha binti Basharuddin
Penolong Setiausaha


Faruq Muntasir bin Mohd Azam
Bendahari


Nur Dalila Nabihan binti Ahmad Tajuddin
Penolong Bendahari

‘Aishah r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda di rumahku ini : Ya Allah, siapa yang menguasai sesuatu dari urusan umatku, lalu mempersukar pada mereka, maka persukarlah baginya. Dan siapa yang mengurusi umatku lalu berlemah lembut pada mereka, maka permudahlah baginya.(HR. Muslim

Thursday, December 15, 2011

NILAI KEMULIAAN DALAM KEPIMPINAN

Menjadi pemimpin bukan platform untuk mendapat kemuliaan..kerana jalannya getir,penuh dugaan.
Menjadi pemimpin yang bertugas kerana ingin dipuji,dipuja,dikagumi hanya mencampakkan diri ke lembah azab.
Menjadi pemimpin yang bertugas kerana ingin menjalankan amanah Allah sebagai khalifah secara automatiknya meletakkan diri dalam sebuah kemuliaan yang tinggi di sisi Rabbul Jalil.

Friday, December 9, 2011

Nadwah Kepemimpinan Ketua Pelajar SMKASAS 2011/2012

Pada 15/11/2011-17/11/2011, semua ketua pelajar SMKASAS telah menghadiri satu kem jati diri iaitu Nadwah Kepemimpinan Ketua Pelajar SMKASAS sesi 2011/2012 bertempat di Virgo Batik Resort,Teluk Batik. Objektif diadakan kem ini adalah untuk mengembalikan semangat ketua pelajar yang semakin lama semakin luntur dan mengingatkan kembali ketua pelajar tentang amanah yang dipikul serta membincangkan strategi untuk meningkatkan imej ketua pelajar. Kem ini dikendalikan oleh guru penasihat ketua pelajar iaitu Ustazah Marsirah. Sepanjang program, input-input yang diberikan oleh penceramah-penceramah yang terdiri daripada guru-guru SMKASAS sendiri sangat membantu ketua pelajar dalam melaksanakan amanah yakni kepercayaan yang diberikan oleh warga SMKASAS. Alhamdulillah,melalui pelaksanaan program seperti ini sedikit sebanyak telah mencapai objektifnya.


Hari terakhir di Virgo Batik Resort.


Aktiviti yang dilakukan sepanjang kem.

Ceramah 'Protokol di Sekolah' oleh Puan Bainah


Ceramah kepimpinan oleh guru penasihat ketua pelajar

Rasulullah s.a.w. mengingatkan:
Apabila amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kehancuran. Sahabat
bertanya: “Bagaimana mensia-siakannya?” Rasulullah menjawab: “Apabila sesuatu
jawatan diserahkan kepada orang-orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah saat
kehancurannya
” (Riwayat Al-Bukhari).

jalankan amanah dengan sebaiknya..

Wallahu'alam..



Wednesday, December 7, 2011

Watikah Pelantikan Ketua Pelajar Sesi 2011/2012

Pada 12/8/2011, semua ketua pelajar sesi 2011/2012 dengan rasminya dilantik.

Senarai AJK Tertinggi Ketua Pelajar Sesi 2011/2012

Majlis Tertinggi (MaTer)

Ketua Umum : Auzaie bin Fadzlan Shahidi
Timb. Ketua Umum I : Muhammad Nur Fashahah Aziz bin Mohd Rafiee
Timb. Ketua Umum II : Nurshahirah binti Habil
Setiausaha : Khairul Asyraf bin Zukhairy
Pen. Setiausaha : Anis Fatiha binti Basharudin
Bendahari : Muhammad Izzuddin bin Hasmizi
Pen. Bendahari : Nur Dalila Nabihan binti Ahmad Tajuddin

Exco Pengurusan & Acara Rasmi

Mior Ahmad Asyraff  bin Mior Shahrin
Nur Farhana binti Mohd Ali

Exco Akademik & Sahsiah (AkaSia)

Amirul Ashyraf bin Mohd Roshini
Izzah 'Atira binti Mohd Hashim

Exco Kesenian & Keceriaan (SeniRia)

Muhammad Affiffudin bin Mohd Asshazali
Sharifah Nor Hajar binti Syed Sabrimi

Exco ICT & Publisiti (IPTech)

Dzul Azharuddin bin Dzulkifli
Intan Musfirah binti Mohd Nordin

Exco Sukan & Rekreasi (SuRea)

Mohd Haniff bin Mohd Saad
Nurul Mashitah binti Hidir

Exco Kebajikan & Keselamatan (KESEMA)

Ahmad Saiful Anwar bin Abd Malek
Najihah binti Mohd Zahadi


Renungan...
Rasulullah s.a.w bersabda ” Setiap dari kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas orang yang dipimpinnya” (Muttafa alaihi

Wallahua'lam...